Monday, December 14, 2009

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.

'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'

'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Thursday, December 10, 2009

Imam Ghazali Bertanya 6 soalan

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? “ .Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “Mati” . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” . Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?” .Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “Nafsu” (Al A’Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?” .Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah “memegang AMANAH” (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?” .Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” .Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia” . Karena melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sejauh mana sibuknya pejabatku...

Setiap hari kita akan ke pejabat, kadang kala hari cuti juga kita akan ke pejabat, maklumlah begitu banyak tugas yang perlu kita lakukan sehinggakan masa kita habis dipejabat lebih banyak dari dirumah kita sendiri. Kita melaksanakan tugas dengan penuh semangat dan bersungguh kerana kia marasai tanggungjawab dan peranan yang perlu kita lakukan, ini tanda berterima kasih kita kerana telah diberikan pekerjaan. Namun ada orang yang tiba-tiba mungkin diberhentikan, mungkin akan tiba masanya kita tidak diperlukan dan berakhirlah peranan kita dipejabat tersebut. Maklumlah kita kata dah bukan rezeki kita kerana semua rezeki adalah datang dari Allah swt.


Jika kita menyedari bahawa rezeki dari Allah swt, Allah swt mampu memberikan pekerjaan, mampu menarik balik pekerjaan yang telah diberikan bukankah ini bermakna kita adalah pegawai yang dihantarkan oleh Allah swt untuk bertugas disuatu syarikat atau pejabat. Oh kita rupanya pegawai tuhan yang di hantarkan untuk memakmurkan bumi Allah swt. Maka pejabat kita bukan sahaja di syarikat kita bekerja sekarang tetapi di muka bumi ini, di rumah, didalam kenderaan, di surau, di kedai semuanya adalah pejabat kita yang telah diberikan oleh Allah swt. Semuanya ada amanah dan tugas yang perlu kita lakukan, tetapi peranan dan tanggung jawab yang terbesar adalah menjadi abdi dengan mengiktiraf Allah sebagai rabb. Sesuai dengan ayat Allah swt Az Zariyat:56 “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku”


KPI utama kita adalah untuk beribadah dimana sahaja kita berada dalam menjalankan tugas sebagai pegawainya, lain-lain tugas juga telah disenaraikan di dalam Al Quran yang mengandungi peraturan kehidupan, peraturan kehidupan, peraturan perniagaan, peraturan perundangan dan merangkupi semua perkara yang mungkin kita lalui didalam kehidupan. Walaupun kita boleh menjadi pekerja cemerlang didalam penilaian manusia, adakah kita juga cemerlang didalam melaksanakan tugas di nilai Allah dengan melaksanakan KPI yang telah disediakanNya. Kadang kala kita memikirkan KPI pejabat begiitu serious sekali tetapi kita amat jarang memikirkan KPI yang telah ditetapkan oleh Allah swt untuk kehidupan kita yang sementara ini,


Kita begitu serious sekali bila bekerja dipejabat tetapi apakah kita serious dengan pejabat yang diberikan oleh Allah swt didalam kehidupan kita di muka bumi ini. Apakah kita berfikir apakah peranan kita, apakah jawatan kita, apakah keputusan pekerjaan kita, namun bayaran yang diberikan oleh Allah swt begitu besar sehinggakan tidak terhitung nilainya tetapi kita sering tidak menyedarinya. Marilah kita berfikir untuk mendapatkan yang terbaik

Friday, November 20, 2009

Kerinduan melahirkan pengorbanan...

Kerinduan suatu yang hanya akan dirasai oleh mereka yang sedang berpisahan, masing-masing mungkin ternanti-nanti berita, mungkin ternanti-nanti pangilan telephone, mungkin ternanti untuk melihat wajahnya, mungkin ternanti-nanti untuk mendengar suaranya atau mungkin dengan senyuman akan melegakan kerinduan, rasa rindu lahir dari kecintaan yang begitu tinggi walaupun mungkin tidak berbalas. Bak pepatah cinta itu buta, mungkin menyebabkan seorang hilang pertimbangan, mungkin menyebabkan seseorang itu hilang semangat untuk terus mencari kegembiraan demi yang dicintainya. Namun mungkin juga dengan kerinduan akan menyebabkan seorang itu tidak mengenal erti putus asa dan terus berusaha dengan penuh semangat untuk mencari kegembiraan didalam kehidupan.

Sekiranya kerinduan telah menyelubungi kehidupannya maka segala yang dilalui akan sentiasa memikirkan yang dikasihi, apa sahaja yang dilakukan akan menjurus untuk yang dirindui, sekiranya nak tidur sentiasa memikirkannya, nak makan sentiasa teringat akan kekasih yang dirindui, nak berkata sentiasa tidak lekang dari menceritakan akan isi hati yang penuh dengan kerinduan, mungkin itu yang dikatakan “angau” didalam pepatah melayu.

Mari kita meneliti apakah kita mempunyai kerinduan yang begitu tinggi dengan pencipta Alam iaitu Allah swt, adakah kita sentiasa memikirkan tentang Allah swt didalam kehidupan kita, adakah kita sentiasa merasai harapan akan di lindungi, akan dikasihi, akan di redai dan sentiasa mengharap akan dikasihi oleh Allah swt. Apakah kita berharap untuk mendapatkan balasan kasih dengan apa yang kita lakukan demi membuktikan kerinduan kepada Allah swt. Adakah kita membaca Al Quran kerana mahukan kita dikasihi oleh allah swt atau kita membaca kerana kita mahukan pahala atau kita membaca kerana itu adalah suatu kebiasaan kita atau kita membaca kerana kita lapang dan tidak tahu apa yang nak dilakukan dan kita membaca Al quran untuk mengisi waktu yang terluang. Atau kita langsung tidak membacanya, tiada masa yang diperuntukkan namun kita menyatakan kita mengharap kerinduan dari Allah swt.

Tindakan adalah sama tetapi keputusan adalah bergantung dari perasaan yang dilahirkan oleh hati. Jika dilakukan hasil dari kerinduan yang begitu tinggi tentu sekali tindakan penuh dengan keikhlasan, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan kecintaan dan penuh dengan kesungguhan demi membuktikan cinta dan kerinduan. Tentu sekali kita akan melakukan segala=galanya dengan abik agar tidak ada cacat celanya, kita mahukan hanya yang terbaik buat membuktikan kecintaan yang begitu tinggi.

Marilah kita menilai semula kehidupan kita adakah kita mempunyai kerinduan kepada Allah swt atau kita hanya ada kerinduan sesama manusia sahaja, kerinduan kepada manusia, manusia akan mati, yang cantik tidak selamanya, yang kaya mungkin akan miskin, yang kuat mungkin akan sakit. Namun kerinduan kepada Allah akan memberikan kehidupan yang kekal abadi, akan menjadikan kehidupan penuh dengan ketenangan dan akan menyelamatkan kehidupan di akhirat kelak

Kesilapan suatu lumrah kehidupan...

Kasut sering dipakai apabila kita keluar dari rumah, ada berbagai-bagai kasut, ada yang diperbuat dari kulit, diperbuat dari getah dan juga diperbuat dari bulu. Boleh dikatakan seseorang mungkin mempunyai lebih dari sepasang kasut malah ada yang mempunyai puluhan pasangan kasut dan menjadi kebiasaan untuk mensesuaikan warna kasut dengan baju yang dipakai pada hari itu. Kadang kala sampai dua tiga pasang diletakkan dipejabat, dua tiga pasang lagi diletakkan di dalam kenderaan dan yang paling banyak di rumah. Semuanya bertujuan untuk kelihatan cantik atau mungkin juga memudahkan seseorang jika terlupa membawa kasut atau tertinggal kasut bila kepejabat.

Saya ada melihat seorang wanita yang kekok cara berjalanya, cacatke wanita ini? Persoalan yang bermain didalam pemikiran, tetapi apabila diteliti rupanya tersilap memakai kasut, satu bertumit tinggi dan satu lagi kasut biasa, mungkin tak perasaan akan kesilapan tersebut dan terus berjalan dengan kasut yang berbeza, mungkin nak cepat agaknya sehinggakan tidak perasan kesilapan yang berlaku. Kesilapan adalah suatu yang lumrah didalam kehidupan, namun adakah kita memaafkkan dan memberikan kemaafan diatas kesilapan yang telah dilakukan. Ada orang yang melihat sesuatu kesilapan itu sebagai suatu yang begitu besar da nada yang melihat sesuatu kesilapan itu begitu kecil pula walaupun kesilapan itu adalah sama sahaja pada pandangan seseorang yang lain.

Anak tak solat satu kesilapan dan anak menjatuhkan pinggan juga satu kesilapan, namun apakah yang sepatutnya kita lakukkan? Yang manakah yang sepatutnya lebih kita marah? Didalam hal ini sepatutnya kita perlu mengambil nilai Allah swt, kita perlu memperbaiki kesilapan yang berlaku dengan memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali para rasul dan nabi, namun kesempurnaan mereka juga ada yang ditegur oleh Allah swt diatas kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Oleh sebab itu apabila seseorang melakukan kesilapan, mungkin kita perlu bertanya apakah yang menyebabkan mereka boleh melakukan kesilapan, adakah mereka mahu melakukan yang terbaik atau mereka tidak tahu apakah yang sepatutnya atau mereka sengaja mahu melakukan yang buruk diatas perkara tersebut. Memang sukar untuk menentukan disebabkan segala-gala berpunca dari hati, yang terbaik adalah kita memaafkan segala kesilapan yang telah dilakukan oleh seseorang kepada diri kita dengan harapan mungkin suatu ketika nanti Allah swt pula memaafkan diri kita semasa kita melakukan kesilapan didalam kehidupan.

Memang sukar untuk memberikan kemaafan dan sukar juga untuk meminta maaf, namun dengan kemaafan akan mmenyebabkan segala yang kelihatan sukar akan menjadi mudah, segala yang derita akan menjadi senang, hidup penuh dengan ketenangan dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk melakukan banyak kerja didalam kehidupan. Bayangkan apabila kita membenci seseorang dan setiap yang kita benci kita catitkan namanya diatas sebiji buah pisang, kemudian kita bawa kemana sahaja jumlah pisang yang kita benci itu dalam seminggu kehidupan kita, tentu sahaja kita akan dapati pisang itu akan menyusahkan kita kerana pisang itu akan membusuk dan berbau. Samada kita sedar atau tidak semua yang berlaku adalah dari Allah swt untuk melihat kita bagaimana kita menghadapi apa yang telah ditentukan Allah swt. Allah swt menguji hamba-hambaNya mengikut apa sahaja yang disukainya. Mungkin kita perlu berfikir dan terus berfikir.

Friday, November 13, 2009

Kertas tisu dan Manusia apa fungsinya


Kertas tisu – apa yang istimewanya pada sehelai kertas tisu, digunakan mungkin untuk membersihkan hingus, mungkin untuk mengelap tangan yang basah, mungkin untuk mencuci kasut yang kotor atau mungkin terletak didalam kereta tanpa disentuh oleh sesiapa hanya sebagai penghias didalam kenderaan semata-mata. Kadang kala peranannya begitu besar dan kadang kala begitu menjijikkan. Namun ia amat-amat diperlukan sehinggakan ada orang yang kaya raya dengan mengeluarkan kertas tisu sebagai hasil usaha pekerjaannya.

Jika kertas tisu mempunyai peranan yang tersendiri, bagaimana pula peranan kita sebagai manusia, yang dijadikan penuh dengan kesempurnaan, boleh berfikir, boleh berjalan, boleh melakukan banyak perkara didalam kehidupan. Apakah peranan yang boleh kita lakukan? Apakah tanggung jawab yang perlu kita laksanakan? Apakah pengorbanan yang perlu kita lakukan bagi memastikan kehidupan ini penuh dengan pengertian yang dikehendaki oleh Allah swt?

Firman Allah swt ”Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu. (50) Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain selain Allah. Sungguh, aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu.(51) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu(56)” Az Zariyat 50-51 & 56

Peranan yang jelas untuk kita mentaati Allah swt dan tidak mengambil tuhan selain Allah untuk beribadah kepada Allah swt. Suatu peranan bukan untuk diketahui semata-mata tetapi untuk kita laksanakan didalam kehidupan. Sesuatu yang perlu dibuktikan didalam tindakan dan amal kehidupan yang perlu berasaskan kepada akidah yang jelas serta keikhlasan semata-mata kerana Allah swt. Sebagai seorang islam apakah pengertian ini telah menjiwai diri kita? Jika belum apakah kita akan mengambil keputusan untuk mencapai tujuan tersebut atau kita telah bermula dengan beberapa langkah, namun apakah langkah-langkah tersebut sudah memadai bagi diri kita untuk mendapat balasan yang terbaik dari Allah swt?

Kita perlu bermula dan langkah pertama adalah dengan menambahkan ilmu pengetahuan kita terhadap Islam itu sendiri, kita perlu sedar apakah pengertian Islam, bukan setakat islam disegi nama, bukan setakat telah melakukan solah tetapi lebih dari itu kerana Islam adalah sebuah sistem kehidupan yang mencakupi segala ruang lingkup kehidupan manusia. Bila kita melihat sebuah kereta kita akan menyetakan ianya sebuah kereta apabila kita melihat secara keseluruhan kereta tersebut, kita tidak memangil roda sebagai sebuah kereta, kita tidak memanggil stering kereta sebagai kereta, kita hanya memanggil kereta apabila semua peralatan yang ada pada sebuah kereta telah disusun dan dipasang dengan sempurna, serta boleh berfungsi dengan baik sekali. Walaupun telah dipasang dengan baik sekali tetapi tidak boleh berfungsi kita masih menyatakan tidak ada gunanya kerana peranan yang sepatutnya tidak dapat dilaksanakan. Apakah fungsi kita sebagai manusia dapat kita laksanakan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt

Tuesday, November 10, 2009

Kezaliman sejauh mana dirasai...

Firman Allah swt “Maka ketika siksaan Kami datang menimpa meeka, keluhan mereka tidak lain, hanya mengucap ”Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim”. Surah Al Araf:5 Ayat-ayat ini terasa benar suatu kebenarannya dimana apabila kami bertemu dengan pelajar-pelajar ditingkatan satu semasa di Pariaman Indonesia dan bertanya kenapa boleh berlaku gempa di sini? Mereka serentak menjawab “Kami tidak solat” Satu jawapan yang serentak dan menyentuh hati-hati kami, dimana mereka sedar dan tahu namun masih tidak bertindak untuk memperbaiki keadaan yang mereka lalui.

Adakah kita sedar akan kesilapan yang telah kita lakukan? Adakah kita mengetahui apakah yang dilarang oleh Allah swt dan apakah yang diperintahkan oleh Allah swt? Atau adakah kita tergulung didalam gulungan manusia-manusia yang jahil dan tidak berilmu? Kita sebenarnya seolah-olah tiada pilihan didalam kehidupan ini, kita sepatutnya perlu mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt tanpa banyak alasan atau pertimbangan. Namun Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang mengetahui bahawa manusia ini begitu lemah dan akan kerap melakukan kesilapan serta kesalahan, akan kerap lupa, akan kerap cuai, akan kerap melawan, akan kerap berbangga, akan kerap sombong dan banyak sifat-sifat yang terkeji ada didalam diri manusia.

Lalu Allah swt menyediakan pintu-pintu taubat seluas-luasnya agar manusia akan kembali kepada Allah swt, pintu taubat disediakan untuk menunjukkan kepada manusia bahawa Allah mempunyai segala-galanya, mampu memberikan apa sahaja, mampu mengampunkan segala dosa dan Allah swt begitu gembira apabila seorang hamba yang telah melakukan dosa dan kemudian bersungguh-sungguh bertaubat kepada Allah swt dengan mengharap dan sebenar-benar harapan hanya kepada Allah swt. Allah swt gembira apabila melihat manusia merasakan kekerdilan diri dan mengakui akan kebesaran Allah swt dan hanya memerlukan pertolongan dari Allah swt semata-mata. Apakah yang ada didalam hati-hati kita? Adakah kita merasakan keperluan kepada Allah swt didalam kehidupan kita? Apakah kita merasakan boleh hidup dibumi ini tanpa Allah swt membantu kehidupan kita atau kita merasakan kehidupan ini milik kita dan tidak merasakan ianya adalah suatu pemberian hadiah dari Allah swt.

Apakah kita hidup dengan kesombongan apabila diberikan sedikit kelebihan oleh Allah swt atau kita mengunakan pemberian Allah swt untuk mendapatkan pahala agar dinilai oleh Allah swt nanti di akhirat. Apakah kita merasakan Allah swt melihat terhadap segala harta yang diberikan, untuk apa kita membelanjakannya dan kemana kita menghabiskannya, apakah kita berjaya menukarkan segala harta yang kita ada kepada pahala untuk harta sebenarnya di akhirat kelak. Kita adalah apa yang kita fikirkan, sekiranya kita amat-amat mengagungkan harta yang kita ada, yang pasti harta tersebut hanya akan bersama-sama mungkin 40 atau 50 tahun sahaja. Selepas kematian segalanya akan berpisah dan apakah harta yang akan kekal bersama-sama dengan diri kita? Marilah kita berfikir sejenak untuk mendapatkan yang terbaik buat kehidupan di akhirat kelak

Tuesday, November 03, 2009

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan. Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya?

Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri. Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah. Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ' CEO ' kita.

The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan. Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN. Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja. Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya.

Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja. Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang,'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat " Begin With the End in Mind".

Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan , jurutera dsb

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah , walaupun wang berjaya diperolehi. Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri.

Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum . Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi. Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk.

Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan. .. tetapi output daripadanya merunsingkan saya. Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur . Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan.

Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga.

Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai.

APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN?

Dalam sebuah kehidupan. Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya?

Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya;

• Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit.

Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang.

Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG.

Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian. Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting.

Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI SEBUAH PEKERJAAN

"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R.Covey - pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma" , saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan. Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar.

Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif. Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti. Bukan calang-calang kerja. Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?

Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti. "Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

Penilaian dan pandangan

Penilaianan dan pandangan sering kali memberikan kesan yang berbeza dengan apa yang sebenarnya berlaku, mungkin kita melihat sesuatu dengan nilai dan pengalaman serta pembacaan yang telah kita lalui, mungkin kita menilai mengikut budaya kita atau kita menilai mengikut bagaimana kita telah dibesarkan oleh keluarga kita. Setiapa penilaianan dan pandangan akan memberikan kesan kepada tindakan kita dan kesungguhan dan penglibatan kita juga bergantung kepada penilaian yang ada pada diri kita.

Jika ada seorang yang meminta sedekah daripada kita dan kita hanya ada RM15 didalam kocek kita, dengan rasa sempati kita memberikan RM 10 kepada makcik yang mempunyai dua orang anak itu dan mereka mengucapkan banyak kali terima kasih kepada kita kerana tidak selalu mungkin tidak pernah ada orang yang memberikan sepuluh ringgit. Kita berlalu dan terus ke kedai makan dihujung bangunan untuk makan sedikit kueh, semasa kita membayar wang tersebut kita melihat ibu dan anak tadi sedang meminta pesanan nasi beryaini untuk mereka makan. Apa penilaian kita pada ketika itu?

Apakah kita akan marah disebabkan mereka makan lebih baik dari kita atau kita gembira kerana telah dapat memberikan makan kepada orang-orang yang memerlukan, mungkin mereka telah menanti beberapa bulan untuk makan nasi beryani tersebut dan disebabkan hari ini ada orang yang begitu baik hatinya telah menyebabkan dapat juga membeli nasi beryani yang telah lama mereka idam-idamkan. Penilaian kita selalu negetif yang memberikan tindakan yang negetif. Sebaliknya penilaian yang positif akan sentiasa memberikan tindakan yag positif didalam kehidupan kita.

Baru-baru ini semasa di lapangan terbang saya bertemu dengan dua orang perempuan seorang ibu dan anak sedang melihat jadual penerbangan, tiba-tiba sianak bertanya kepada saya, nak ke Padang? Jawab saya tidak, hujung minggu hadapan baru saya akan kesana, saya bertanya pula, nak ke Padang ke? Ya jawabnya. Nak buat apa ke sana? Nak bantu mereka disana? Berdua sahaja? Ya jawabnya. Ada orang menanti disana? Tiada dan kami akan uruskan apabila tiba disana. Saya seperti percaya dengan tidak apabila melihat dua manusia yang saya rasakan umurnya sekitar 25 dan 50 tahun ingin pergi ke Padang tanpa ada apa sebab hanya untuk membantu orang disana. Saya bertanya lagi bawa apa kesana? Si Ibu menunjukkan sebuah beg berisi makanan, saya kagum diatas kesediaan untuk mereka kesana. Saya segera menelepon rakan yang menguruskan pemergian team HALUAN kepadang untuk mendapat no hubung kami disana agar mereka mendapat bantuan apabila tiba disana dan memudahkan perjalanan mereka disana.

Keputusan dan kehendak perlu dilakukan bagi mendapat yang terbaik dan kita hanya akan mendapat kejayaan apabila kita sanggup menerima kesukaran yang akan kita lalui demi kehendak dan keputusan yang telah kita putuskan.

Keperluan kepada wang

Semua orang memerlukan wang, bekerja kerana nak mendapatkan wang, lagi banyak wang lagi gembira rasanya seseorang itu bekerja. Tapi apakah gunanya wang jika dengan wang yang banyak itu tidak dapat kita ubah untuk menjadi pahala bagi kehidupan di akhirat? Apakah dengan wang yang banyak itu menyebabkan kita lebih pemurah untuk menderma bagi mendapat harta pahala diakhirat nanti? Apakah dengan wang yang kita cuba usahakan dalam masa kita bekerja ini akan menjadikan kita boleh menambahakan pahala yang menjadikan kita gembira segembiranya diakhirat nanti.

Tidak kah kita rugi sekiranya kita mempunyai wang yang banyak terkumpul dan kemudian kita membelikan kereta yang baik, rumah yang besar, harta yang banyak tetapi semua yang kita ada tidak dapat kita bawa kemana-makan kerana apabila kita mati semuanya akan kita tinggalkan untuk mereka yang hidup. Apakah isteri dan anak kita akan mengingati kita dan sentiasa beramal dengan amal kebaikan bagi mendapat sedikit kebaikan kehidupan diakhirat nanti. Bukankah yang terbaik adalah kita mendapatkan wang yang banyak dan kita tukarkan wang yang kita ada itu dengan pahala sekarang bagi kita memastikan yang kita akan mendapatkan sesuatu diakhirat nanti.

Kita perlu memikirkan berapa banyak wang yang telah kita perolehi dan dari wang yang begitu banyak berapa ringgitkah yang sebenarnya telah kita tukarkan dengan pahala. Jika masih belum banyak, peluang masih ada kerana peluang hanya akan berakhir apabila kematian telah tiba. Mari kita renungkan harta yang kita ada, kita buka pintu rumah kita lihat ruang tamu kita, berapa banyak harta kita? Ada sofa, ada tv, ada gambar keluarga, ada meja, ada buku almari, kita masuk pula kedalam bilik dan kita dapat lihat tempat tidur kita yang begitu selesa, kita dapat lihat bilik anak-anak kita juga selesa dan akhir sekali apabila kita kedapur kita dapati dapur yang begitu kemas sekali, kita gembira dan amat berpuas hati, bangga dengan apa yang kita ada.

Tetapi adakah segala yang kita ada ini dapat memberikan kita pahala? Apakah ruang tamu yang selesa itu kita gunakan untuk berbincang hal-hal agama, menjemput tamu untuk makan, mengajak anak-anak jiran untuk mengajar mereka sedikit ilmu yang kita ada? Menjadi ruangan solah bagi ahli keluarga? Atau ruangan itu lebih banyak kita gunakan untuk kita lupa kepada Allah swt. Kita lebih banyak leka sehingga kita tidak mberjaya menukarkan segala apa yang kita ada untuk dijadikan pahala bagi kehidupan kita.

Mungkin hari ini kita perlu bermula sedikit dengan memberikan apa yang kita sayang kepada orang lain agar menjadi pahala. Kita perlu memberikan apa yang kita sayang bukan apa yang kita tidak mahu lagi, atau kita memberikan lebihan tidak begitu besar berbanding dengan suatu yang kita amat perlukan tetapi kita berikan juga kerana kita memilih untuk mendapat pahala bukan untuk pujian dan sanjungan.

Thursday, October 29, 2009

Adakah Kemiskinan, kesukaran menginsafkan...

Kemiskinan dan penderitaan suatu yang tidak dminta atau dicari namun apa yang telah berlaku tetap menguji kehidupan kita. Mengapa mereka diuji dengan kemiskinana? Kesusahan? Penderitaan? Kesengsaaraan? Adakah perkara-perkara tersebut suatu yang mesti dilalui oleh seseorang sebagai suratan takdir atau kita melihat apa yang berlaku sebagai suatu yang akan mematangkan kehidupan dan perlu lulus ujian yang disediakan untuk melihat sejauh mana kita bersyukur kepada Allah swt.

Hari Sabtu dan Ahad lalu, saya berkesempatan pergi kesuatu kawasan pendalaman di Sabah (Kunak dan Sempurna), saya sempat melawat beberapa kampong didalam misi bantuan kesihatan kepada penduduk. Rata-rata pendapatan sekeluarga disana sekitar RM 250 hinggga RM450, masih ramai yang tidak mempunyai TV, tiada peti sejuk, tiada radio, tiada sterika, kanak-kanak yang kelihatan begitu ceria walaupun mereka didalam keadaan miskin dan tidak sesenang seperti anak-anak kita.

Apabila ditanyakan kepada mereka samada berpuas hati tentang kehidupan mereka, ada yang menyatakan berpuas hati dan ada juga yang tidak berpuas hati. Namun rata-rata kehendak mereka tidaklah begitu tinggi, keperluan tidak begitu banyak dan kehidupan itu mudah dengan apa yang ada. Apabila ditanya tentang pakaian yang mereka punyai rata-rata tidak melebih sepuluh helai baju sahaja. Mengapa kita begitu banyak kehendak berbanding dengan penduduk kampong ini, mengapa kita sering tidak berpuas hati, banyak kehendak dan sentiasa membandingkan dengan orang lain.

Kita selalu membandingkan mengapa orang lain dapat sesuatu yang lebih berbanding dengan diri kita, kita rasakan selalu kerugian, selalu kekurangan, selalu tidak mendapat yang terbaik didalam tindakan kehidupan kita. Kita sering melihat keatas dan jarang-jarang melihat kebawah. Bukankah setinggi mana kita naik kita akan pasti mati.

Terkenang sebuah keluarga yang bahagia mempunyai akan-anak yang Berjaya namun apabila tiba kematiannya, rumah yang dibinanya telah ditinggalkan oleh anak-anak tanpa penguhi dan akhirnya rebah ketanah, anak-anak yang Berjaya tidak mahu mengunakan rumah yang telah bapa mereka bina kerana cita rasa anak-anak telah berbeza dengan cita rasa ayah semasa membina rumah tersebut. Mereka mahukan sesuatu yang baru, akhirnya rumah yang dibina tidak memberikan erti apa-apa langsung. Persoalannya adakah kita menyediakan rumah untuk kehidupan akhirat kita. Ada pula anak-anak yang bergaduh berkerat rotan dan berpatah arang kerana berebut harta peninggalan ayah, apakh ini harapan dan cita-cita kehidupan kita? Mari kita renungkan perubahan yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan sedikit ketenangan selepas kematian

Wednesday, October 14, 2009

Hidup suatu permaianan atau ujian...


Apakah hidup ini untuk permainan dan lakunan semata-mata? Apakah tiada sebab yang kuat kenapa kita dihidupkan sehinggakan kita tidak merasakan peranan yang perlu kita lakukan dengan sebaik mungkin dan sentiasa dirasai didalam kehidupan kita. Apkah kita merasakan kehidupan ini sebagai ujian dimana apabila kita mahu mengambil ujian, kita sentiasa berusaha untuk memastikan agar ujian yang akan kita lalui pasti lulus dan Berjaya.

Sekiranya kita merasakan kehidupan in sebagia perniagaan tentu sekali kita tidak mahu kerugian didalam perniagaan yang kita laksanakan, kita tentu sahaja mahu keuntungan yang begitu besar dan kita tentu akan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan perniagaan yang sedang kita usahakan akan mendapat keuntungan yang besar. Lebih-lebih lagi jika sentiasa menyadari akan ada jualan lelong atau jualan murah yang berlipat kali ganda keuntungan yang akan kita perolehi apabila kita Berjaya mendapatkannya untuk didagangkan di kemudian hari.

Namun mengapa kita sering tidak merasai akan ujian dan perniagaan ini didalam kehidupan kita? Kita sering mahukan sesuatu yang kita Nampak sahaja, atau kita hanya mahu sesuatu pujian tetapi tidak mahu pujian dari Allah swt. Itulah manusia yang dijadikan Allah swt yang sentiasa mencari harta walaupun telah mempunyai dua gunung emas, Allah swt ingin melihat manusia agar selalu insaf dan sedar bahawa mereka sebenarnya adalah hamba-hambaNya yang sentiasa tidak bebas dari pemerhatian Allah swt namun mereka boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah swt dan allah swt mahu melihat manusia bertaubat dan dia maha pemberi taubat untuk menunjukkkan sifat rahmat dan kasih sayangNya. Adakah kita merasai kasih sayang Allah swt kepada kita?

Adakah kita sedar hanya mereka yang merasai disayangi sahaja yang mungkin dapat membalas kasih dan sayang Allah swt, namun bagaimana untuk merasakan kasih sayang allah swt sekiranya kita tidak menyedari segala pemberian hadiah yang begitu banyak kepada diri kita, menyedari dan mengenali sifat-sifatNya sehingga hati ini penuh dengan kerinduan dan kecintaan kerana kehidupan tanpa Allah swt seolah-olah tiada kehidupan dan kenikmatan. Marilah kita mula untuk mengenal Allah swt dan juga rasullullah saw. Amin

Friday, October 09, 2009

Cinta

Kecintaan suatu perkataan hikmat yang mampu memberikan pengorbanan yang begitu besar didalam kehidupan seseorang. Kecintaan kepada seorang gadis mungkin menyebabkan seorang teruna lupa pada segala-galanya sehinggakan hilang focus kepada kehidupan, jika berbual lain yang ditanya dan lain pula yang dijawabnya. Namun mengapa pengertian cinta ini hanya berlingkar didalam suatu skop antara remaja sahaja.

Apakah perasaan cinta antara anak dan ibubapa tidak dapat digambarkan, apakah perasaan cinta antara isteri dan suami tidak dapat dinyalakan, apakah perasaan cinta antara manusia dengan Allah swt tidak dapat disemarakkan sehingga membakar segala-gala yang menyebabkan pemikiran sentiasa terfikir dan hati sentiasa tertumpu kepada yang dicintai.

Apakah lagi cinta-cinta yang boleh bersemarak didalam kehidupan kita kerana dengan cinta hidup akan bermakna, seseorang akan merasakan kebahagian dan cuba untuk mendapatkan lebih banyak cinta untuk menjadikan kehidupan penuh dengan keindahan. Akan ujud suatu tenaga yang begitu besar dalam diri seseorang dan memberikan suatu persediaan untuk menghadapi apa sahaja cabaran walau betapa sukar dilihat oleh orang lain tetapi bagi orang yang bercinta tiada halangan dan kesukaran kerana demi cintanya.

Tetapi kenapa kadang kala cinta hilang tiba-tiba, isteri mula memakan pil bisu, naik kereta mula senyap tiada bicara yang hendak diperkatakan walaupun tiada pergaduhan, apakah cinta telah hilang dengan masa berlalu, kenapa tidak disemarakkan seperti sebelum perkahwinan atau semasa awal perkahwinan. Ada saja yang ingin dibualkan sehinggakan untuk berbincang tentang kucing jiran boleh dibincangkan sehingga sejam dua, berbincang tentang matanya, warna bulunya, umurnya, zuriatnya dan banyak lagi perkara tentang kucing tersebut. Semuanya saling perlu memerlukan dan persedian untuk mendengar begitu tinggi sehinggakan setiap perkataan di dengar dengan penuh persiapan untuk meraikan antara satu sama lain.

Marilah kita semarakkan kembali cinta-cinta ini dengan berpaksi kerana Allah swt, tidak kira satu atau dua atau tiga atau empat, apa yang telah berlaku adalah ujian untuk menguji sejauh mana tanda kecintaan kepada Allah swt yang menguji setiap manusia pilihan, segalanya mudah jika cinta Allah swt di dahulukan sebelum cinta antara manusia.

Thursday, October 08, 2009

Jihad memerlukan darah ....


Jihad suatu yang memerlukan darah untuk dikorbankan, mungkin ini suatu tanggapan kita apabila memperkatakan tentang Jihad semasa Zaman Rasulullah saw dahulu. Namun semangat jihad perlu sentiasa berkobar didalam diri kita kerana semua orang islam dituntut untuk berjihad dan mungkin bentuk dan caranya berbeza, apabila kita ke Plastine semangat jihad dikalangan penduduk disana begitu tinggi, mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk mendapatkan surga Allah swt. Mereka berusaha dimana sahaja yang boleh bagi memastikan Allah swt diletakkan didalam hati-hati mereka.

Namun didalam diri kita cabaran yang kecil pun begitu sukar untuk dihadapi, perasaan begitu lemah dan mudah dikalahkan oleh saitan, mengapa tiada kekuatan, mengapa tiada kesungguhan, mengapa dan mengapa sentiasa bermain didalam pemikiran kerana kekalahan demi kekalahan melawan hawa nafsu. Ramadan baru sahaja berlalu, didikan dan latihan baru sahaja kita harungi, adakah kita Berjaya didalam latihan? Sekarang adalah medan perjuangan untuk melihat sejauh mana latihan benar-benar menyediakan diri kita untuk perjuangan melawan saitan dan koncu-koncunya.

Peperangan mungkin suatu yang menakutkan, memerlukan persedian daripada banyak hal, keberanian dan strategic diperlukan dan segalanya memerlukan kesungguhan kerana menentukkan samada mati atau hidup. Tetapi apakah pula perasaan kita bila kita melalui peperangan harian kita? Adakah kita benar-benar bersedia? Adakah kita meletakkan komitment yang tinggi atau kita tidak memikirkan langsung peperangan yang sedang berlaku ini. Adakah kita sedang didalam peperangan? Jika kita menyatakan tidak, mungkin kita di arena yang berbeza, Rasulullah saw menyatakan kita sentiasa berperang, iaitu berperang melawan hawa nafsu, Adakah kita merasakan peperangan ini? Atau kita selalu kalah kepada hawa nafsu.

Kita perlu berjuang dan perjuangan diiringi dengan penderitaan dan pengorbanan, Apakah mungkin saat-saat peperangan akan memberikan kemanisan didalam perjuangan, apakah kita sentiasa menantikan peperangan untuk melihat sejauh manakah kegagahan dan kejayaan kita melaluinya. Tanpa ada perjuangan kita tidak dapat mengukur apakah kita mampu atau tidak, ianya tiada cubaan atau permainan, sebaliknya setiap saat yang berlalu pasti akan dicatitkan kegala keputusan dan kejayaan adalah suatu kemestian tanpa ada alasan. Marilah kita cuba belajar untuk hidup tanpa alasan kerana selepas kematian kita berhadapan dengan mahkamah Allah swt yang begitu sukar untuk memberikan alasan Marilah kita bermula dengan langkah pertama yang menjadikan kita boleh melangkah ribuan kilometer seterusnya.

Wednesday, October 07, 2009

Pengorbanan sejauh mana ku rasai

Perjuangan suatu yang memerlukan pengorbanan, perjuangan juga memerlukan keputusan untuk menjadikan diri sebagai pejuang atau tidak. Namun apakah yang kita perjuangkan? Adakah kita memperjuangkan bangsa? Adakah kita memperjuangkan semangat kebangsaan? Adakah kita memperjuangkan pahaman? Adakah kita memperjuangkan kehidupan? Adakah kita memperjuangkan Agama? Atau apakah sebenarnya yang perlu kita perjuangkan? Atau kita tidak pernah memperjuangkan apa-apa didalam kehidupan kita.

Mari kita Tanya kepada diri kita apakah yang telah kita lakukan dan kita merasakan ianya adalah suatu pengorbanan yang begitu besar yang telah kita lakukan didalam kehidupan kita? Jika begitu sukar untuk menjawab persoalan ini, mungkin pengertian perjuangan masih tiada didalam kamus kehidupan diri kita. Mungkin kita masih selesa dengan apa yang ada disekitar kita dan tidak merisaukan apa sahaja yang berlaku di dunia ini. Apakah pengorbanan yang perlu kita lakukan? Ada yang berkorban untuk kekasih, ada untuk isteri atau suami, ada untuk anak-anak dan ahli keluarganya. Ada yang berkorban untuk manusia. Apakah saat manis yang boleh kita ingati didalam perjuangan dan pengorbanan yang telah kita lakukan didalam kehidupan ini.

Setiap perjuanagan dan pengorbanan akan dinilai oleh Allah swt, jika ianya dilaksanakan atas dasar untuk mencari keredaan Allah swt maka Allah swt akan memberikan ganjaranya, sebaliknya jika perjuangan dan pengorbanan itu dilakukan bukan atas dasar Allah swt, walaupun sedikit untuk mendapat pujian maka segalanya tidak akan diterima oleh Allah swt. Suatu perjuangan itu pastinya akan Berjaya sekiranya kita tidak meletakkan kemampuan kita dihadapan tetapi kita meletakkan kemampuan Allah swt dihadapan dan kita tidak lebih dari orang-orang yang diuji oleh Allah swt untuk menjayakan perjuangan tersebut. Dengan tanggapan ini segala kesukaran akan menjadi mudah, segala penderitaan akan menjadi suatu kemanisan, segala cacian akan menjadi suatu dugaan yang perlu dilalui penuh dengan keinsafan.

Mari kita merenung sejauh mana kita telah menghampiri diri kita dengan Allah swt, adakah dengan sembahyang yang selalu alpa akan menjadikan kita dikasihi Allah? Apakah dengan selalu melanggar perintah Allah swt kita dikatakan takut kepadaNya?, Apakah dengan meringankan segala suruhanNya kita akan menjadikan diri kita sentiasa mengingati Allah swt?. Apakah kita hampir kepada kitab-kitabNya? Atau kita memberikan alasan itu tugas para ustaz dan ustazah sahaja. Mari kita renung apa yang telah kita lakukan didalam kehidupan agar kehidupan itu memberikan makna yang besar buat kehidupan di akhirat nanti.

Tuesday, October 06, 2009

Riadah Keluarga...


Aiman demam


Hari ni Aiman pula demam. Mungkin kurang air agaknya. Banyak sangat di makan kuih raya. Pagi tadi kul 4 pagi dia makan paracitamol. Nampaknya dah reda sikit. Tak lah panas mana badan dia cuma 36.2 c. Kul 12 tgh nanti mak kena bagi dia makan ubat lagi. Cepat sembuh ya Aiman.

Monday, October 05, 2009

Makan Lemang Hari ni...


Isteriku bekalkan nasi impit, lemang dan rendang hari ni.

Sodap.... habis licin aku kerjakan.

Alhamdulillah... kenyang tengahari ni. Masih ada rezeki untuk aku hari ni...

Orang lain macam mana ya???

Aiman tak sekolah...

Hari ni Aiman tak ge sekolah. Dapat cuti. Cikgu besar yang bagi sampai hari jumaat ni.



Enjoy sakan lah dia...

Raya 2009 di Alor Setar Kedah


Aidid demam ... Aiman..


Hari ni hari ke 2 Aidid demam. Pagi tadi at 7.30pg dia makan paracitamol lagi... habis 5ml di telannya.

Aiman jalan sendiri ke rumah mak hari ni... tak mahu di dokong. Happy aja dia. Belari sampai rumah mak.
 
Copyright © 2009 Rumah Ku Syurga KU |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net