Tuesday, May 25, 2010

KISAH POKOK EPAL (Untuk Renungan Kita Bersama).


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain disekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

* CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.

SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

Monday, May 17, 2010

Hanya Kerana sebutir kurma


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

 Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).



Keinginan @ kehendak


Keinginan dan kehendak begitu banyak didalam diri kita, ada yang berkehendak untuk mendapatkan keputusan yang terbaik didalam peperiksaan, ada yang berkehendak untuk mendapatkan keluarga yang bahagia, ada yang berkehendak untuk pergi berjuang di Palestin, ada yang berkehendak untuk mencipta sesuatu kejayaan baru didalam kehidupan, ada juga yang berkehendak untuk mendapatkan surga Allah swt.

Persoalannya sejauh mana sebenarnya kehendak kita itu sungguh-sungguh menjiwai di dalam diri kita? Adakah setakat baru berfikir, atau baru cuba untuk menhayatinya, atau kita benar-benar inginkan tetapi begitu banyak halangan yang ujud didalam kehidupan kita. Sejauh mana kita melihat halangan itu sebagai faktur yang akan menghalang diri kita dari mencapai keinginan yang kita mahukan. Sekiranya halangan itu begitu besar maka keinginan yang mahu kita laksanakan hanya akan tinggal kenangan dan kita tidak mungkin untuk melakukannya. Tetapi keinginan yang mahu kita laksanakan terpaksa kita laksanakan disebabkan situasi dan keadaan yang kita lalui namun keputusan terpaksa kita lakukan dan untuk mendapatkan keputusan tersebut bantuan dan sokongan dari rakan dan orang-orang yang kita kasihi amat-amat diperlukan. Kita berkeinginan untuk belajar dan kita menghadapi masalah keewangan tetapi sekiranya isteri dan keluarga membantu untuk mengatasi mungkin halangan yang kita katakana besar tidak menjadi suatu yang bersar dan mungkin kita akan lebih bersedia untuk menghadapinya.

Ramai orang yang ingin menamatkan alam bujang mereka, namun ramai yang tidak berani kerana takut akan cabaran kehidupan yang akan dilalui, tetapi cabaran tersebut sebenarnya adalah suatu yang telah ditentukan oleh Allah swt dan Allah swt mengetahui apakah yang terbaik buat seseorang. Semua yang kita lalui samada mendapat kesihatan atau mendapat penyakit, kaya atau miskin, senang atau susah, gembira atau sedih dan apa sahaja yang berlaku adalah suatu ujian dari Allah swt. Bukan ditekala susah sahaja kita menyatakan suatu ujian sebaliknya apa sahaja yang kita lalui adalah ujian untuk melihat sejauh mana kita bertawakal kepada Allah swt. Kita tidak pernah menyatakan langkah pertama yang kita lakukan semasa kita kecil itu suatu yang sukar kerana kita tidak mengerti apakah perkataan susah didalam kehidupan kita semasa kita kecil, apa yang kita lakukan adalah suatu cubaan dan cubaan untuk menjadi seperti orang lain yang boleh berjalan dan berlari. Akhirnya kita berjaya juga melangkah dan berlari. Adakah kita terfikir akan bahaya ditekala mahu belajar berjalan? Adakah kita mengambil langkah-langkah berjaga-jaga atau kita menganalisa apakah kemungkinan yang mungkin berlaku kepada kita sekiranya kita gagal.

Kini kita sering meletakkan halangan terlebih dahulu dan membuat analisa didalam tindakan yang ingin kita lakukan, bukan saya bermaksud tidak perlu melakukannya tetapi kita terlalu banyak menyediakan halangan sehinggakan halangan itu terlalu besar kepada diri kita dan menyebabkan kita tidak berani dan tidak mahu untuk maju kehadapan. Sebagai contohnya ramai orang yang ingin menamatkan zaman bujangnya namun masih tercari-cari calun yang terbaik buat dirinya, tiada kesempurnaan selagi seorang itu manusia dan akan ada sahaja cacat dan celanya kerana manusia memang penuh dengan kelemahan. Seorang yang telah berumah tangga tentu sekali berkata telah menemui seorang calun yang terbaik buat dirinya, namun apabila pernikahan telah dilaksanakan dan baru ketika itu diketahui kelemahan demi kelemahan dan bukan dengan mengetahui kelemahan untuk berjauhan tetapi dengan mengetahuinya maka kita saling maaf memaafkan dan membetulkan mana yang silap dan membina semula agar bangunan itu boleh menjadi kukuh, teguh dan terus dapat memberi menefaat kepada penghuninya. Semuanya adalah ujian untuk melihat sejauh mana kita merasakan Allah maha berkuasa ke atas hamba-hambanya.

Gian ..... atau Ketagihan


Ketagihan suatu yang seringkali diperkatakan tentang sikap yang berterusan dilaksanakan didalam kehidupan. Jika dahulu kita memperkatakan tenang ketagih rokok, ketagih gam dan tentu sekali ketagihan itu memberikan kesan kepada kehidupan seseorang. Namun hari ini ketagihan juga telah bertukar wajah kepada lebih moden dan mengikut kemajuan teknologi. Ada orang yang ketagih kepada video-video lucah, ada yang ketagih kepada permainan kumputer, ada yang ketagih berchit chat di Komputer sehinggakan lupa pada makanan, lupa pada diri sendiri dan begitu sukar untuk meninggalkan Komputer. Ada yang sanggup menghadap Komputer sehinggakan tertidur dan apabila terjaga terus mengutamakan Komputer daripada yang lain didalam kehidupan kita.

Apakah kita suka melihat seseorang yang ketagih sehinggakan melupakan diri sendiri? Apakah kita mahu anak-anak yang kita sayangi terlibat sehinggakan lebih mengutamakan Komputer dari keluarga dan pelajaran. Jika ketagih dadah kita akan dapati mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan dadah yang memberikan kegembiraan kepada kehidupan mereka. Begitu juga apabila seseorang yang menghadapi ketagihan internet, masa yang sanggup diperuntukkan untuk internet begitu banyak sehinggakan mereka lupa untuk menguruskan diri mereka sendiri. Ketagih bermula dari suatu yang kecil, mungkin mahu mencuba, mungkin mahu menerokai pengalaman baru dan akhirnya menjadi suatu keseronokan sehinggakan tidak dapat lagi untuk meninggalkannya.


Bagaimana untuk mengurangkan ketagihan tersebut? Contoh seorang yang merokok boleh meninggalkan rokok apabila doktor menyatakan yang beliau ada tanda-tanda kenser dan perlu berhenti merokok jika mahukan kesihatan dan pulih seperti sedia kala. Ianya memerlukan keinsafan yang tinggi untuk melakukan perubahan. Begitu juga apabila ketagihan yang lain, ianya hanya akan dijauhi apabila seseorang itu mempunyai sebab-sebab yang begitu serious bagi kehidupannya untuk dia meninggalkan perkara tersebut. Apakah yang dikehendaki oleh kehidupan? Apakah peranan yang perlu dilaksanakan sebagai manusia? Sejauh manakah kita perlu mentaati perintah Allah swt didalam kehidupan. Sejauh mana kita merasakan keperluan kepada Allah swt akan memberikan kekuatan untuk kita mengubah diri kita. Sekiranya tiada sebab-sebab yang munasabah adalah begitu sukar untuk perubahan meninggalkan ketagihan dapat dilakukkan.


Adakah kita akan merasakan kekecewaan dahulu baru kita bersedia untuk berubah, adakah kita mahukan penderitaan baru kita mahu melakukan sesuatu dan meninggalkan ketagihan yang ada, adakah bila Allah swt membenci diri kita baru kita merasakan mahu kembali kepada Allah swt. Kita perlu sedar apa yang kita lakukan pasti akan diberikan balasan oleh Allah swt, Adakah ketagihan yang kita lakukan sekarang ini begitu baik buat diri kita? Jika jawapannya tidak maka kita perlu memeriksa balik apakah yang perlu kita lakukan dan ianya bermula dari keputusan didalam kehidupan kita samada kita mahu berubah dan perubahan itu pastinya diiringi dengan kesukaran dan pengorbanan perlu dilakukan didalam kehidupan.
 
Copyright © 2009 Rumah Ku Syurga KU |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net