Thursday, January 07, 2010

Larangan Kristian Guna Nama Allah : Ulasan Ringkas


Oleh: Zaharuddin Abd Rahman - www.zaharuddin.net 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM

Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.

Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.


Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.



Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Tuesday, January 05, 2010

Isu penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katolik

Untuk makluman tuan /puan berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katolik

Answer by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:


________________________________________________________________________________________________________________________

Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Archbishop of Penang was asking this question. And I've answered that.

And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.

And I said, “Why do you want to use the word ‘Allah’ for yourself?”

They said “we're going to pray in Bahasa Malaysia”

That’s the way they put it. So my answers to them, “Why do you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”

Ok, so they said they want to change so that it 'smore patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you're talking about God isn’t it?…God is not just a name…”Allah” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”

And then I said, “ …and “Allah” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslims all over the world. Therefore your argument using this for the word “Allah” does not fit into your idea of God. Because “Allah” does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can’t allow you to use this.“

But when we Muslims, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “Allah”…but they cannot say when they speak about God it means “Allah” as they don’t mean it.

So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate)...whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.

We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say “tiada Tuhan melainkan Allah” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “Allah”).

So “Allah” cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they're talking about language..because they say “Allah” like the Muslims when they (melatah)…

So it appears they want to do that in order to confuse the Muslims into thinking that all the same..that is why I said one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.

“Who is this Allah?” and that need to be explained at higher institution in a proper way…

So we have answered the question. It is not proper to allow them using this, since they're asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.

But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it's because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn.

And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims..that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi Celaka”. How can there be “Nabi Celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “Yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi Celaka”.

They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not Allah”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can’t run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul 'audhu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (Allah) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.

Monday, January 04, 2010

Selamat Tahun Baru


Selamat tahun baru, begitulah ucapan yang kita sering mendengarnya apabila perubahan tahun berlaku, ramai yang gembira dengan kedatangan tahun baru kerana ia bermakna setahun lagi telah berlalu didalam kehidupan diri kita. Ramai yang menyambut kedatangan tahun baru ini dengan berbagai-bagai acara dan hiburan. Mereka merasakan saat-saat ini perlu diraikan agar dapat meraikan tahun baru dengan azam yang baru untuk kejayaan di masa akan datang. Ramai juga yang menjadikan malam ini penuh dengan kemaksiatan sehinggakan ramai anak-anak luar nikah yang akan dilahirkan pada bulan September nanti, atau ramai juga yang melahirkan anak luar nikah pada bulan Mei kerana meraikan malam kemerdekaan pada 31 ogos setiap tahun.

Tidakkah kita sedar dengan bergantinya tahun bermakna bertambahnya dekat kita kepada kematian, kematian yang tidak pernah lupa kepada saat-saat akan berlakunya perkara tersebut kepada diri kita. Berbagai-bagai cara kematian seseorang, ada yang akibat kemalangan jalan raya, akibat sakit jantong, sakit kencing manis, ada akibat gempa bumi, ada akibat lemas, ada akibat tercekik dan banyak akibat yang mungkin tidak dapat dijangkakan oleh diri kita sendiri. Yang pasti kematian adalah suatu yang pasti tiba tanpa kita berusaha untuk mengelak atau tidak. Kematian suatu hukuman yang tidak dapat dielakkan oleh seorang manusia. Namun apakah persediaan yang telah kita lakukan bagi menerima saat kematian yang begitu pasti? 

Apakah kita mengerti apakah makna kematian tersebut, kematian adalah yang memisahkan antara kenikmatan yang kita punyai sekarang, yang memberhentikan segala pahala yang boleh kita dapati kecuali tiga perkara iaitu dari anak yang soleh, ilmu yang diajarkan dan harta yang disedekahkan. Kematian adalah saat menerima segala balasan akibat sebab-sebab yang telah kita lakukan sebelum kematian. Apakah sebab-sebab yang telah kita sediakan untuk menerima akibat yang baik serta mengembirakan buat diri kita? Adakah kita boleh menyenaraikan amal-amal yang mungkin dapat membantu kita nanti, apakah segala amal-amal itu penuh dengan keikhlasan kerana Allah swt atau kita lakukan atas sebab-sebab mencari pujian dari manusia.

Mungkin setiap tahun mendatang kita perlu merasakan kegerunan kerana setahun telah berlalu dan terlepaslah peluang-peluang untuk melakukan yang terbaik sebelum kematian itu datang. Masa yang datang hanya sebentar kemudian akan meninggalkan diri kita tanpa dapat kita bertemu dengan masa yang terus pergi, mungkin amalan masa itu akan kita temui kembali diakhirat nanti untuk menceritakan segala sesuatu yang telah kita laksanakan semasa masa itu kita lalui. Mungkinkah kita mampu mengangkat muka kita untuk melihat apakah yang telah kita lakukan semasa masa yang telah berlalu itu yang menceritakan segala amal kelakuan tanpa menyembunyikan suatu perkara pun dalam kehidupan kita? Segalanya akan tercatit seperti sebuah video yang kita lihat hari ini, namun jika video mungkin kita boleh memotong adengan yang tidak diperlukan tetapi video ini bukan sahaja menunjukkan gambar tetapi menceritakan segala-galanya termasuk dengan perasaan yang ada didalam hati. Marilah kita renung akan kekerdilan diri kita agar tidak menjadi begitu sombong terhadap Allah swt. 

Pen atau pensil


Pen atau pensil sering digunakan untuk menulis, ada yang menulis pesanan ada yang mengunakannya untuk melahirkan rasa hati, ada yang mengunakan untuk memaklumkan sesuatu, ada yang mengunakan untuk memberikan amaran dan ada juga yang mengunakan untuk mempelajari sesuatu. Kadang kala pen itu akan menjadikan seorang hina menjadi dihormati dan adakalanya dengan pen tersebut seorang yang terhormat menjadi hina.

Pen hanyalah alat yang digunakan oleh manusia tetapi kesan dari tindakan manusia yang mengunakan pen tersebut akan mengubah banyak perkara didalam kehidupan manusia. Tindakan yang diambil oleh manusia akan menjadikan sebab untuk akibat yang akan berlaku. Dengan tindakan tangan yang menulis fitnah mungkin menyebabkan kehidupan seseorang menderita di muka bumi ini, mungkin menyebabkan kehidupan dirasakan begitu sempit dan mungkin menyebabkan kesukaran dan penderitaan terpaksa dilalui oleh keluarga tersebut. Tetapi apakah segala tindakan dan akibat yang berlaku akan dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang balasan dari Allah swt yang menentukan segala-galanya.

Allah swt menentukan segala-galanya tetapi ia juga memberikan kebebasan untuk kita memilih apakah yang kita mahu lakukan didalam kehidupan ini, maka pilihan yang kita lakukan akan menyebabkan kita akan bertanggung jawab diatas apa sahaja keputusan yang telah kita ambil. Sekiranya kita memilih untuk menulis sesuatu yang buruk terhadap seseorang, Allah swt akan mencatitkan segala tindakan kita dan kita akan bertanggung jawab terhadap apa yang telah kita lakukan di akhirat nanti, bagi orang yang teruji pula ianya adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah swt untuk melihat sejauh mana pergantungan terhadap Allah diatas segala yang telah berlaku, adakah ia merasakan segala sesuatu adalah milik Allah swt dan kepada Allah swt kita perlu memohon pertolongan.  

Adakah kita merasakan Allah swt maha melihat dan kita perlu melakukan yang terbaik semaksima mungkin bagi membolehkan pertolongan Allah swt diberikan kepada diri kita. Orang yang menguji pasti akan mendapat balasan dan begitu juga orang yang teruji pasti akan mendapat balasan bergantung sejauh mana penyerahan dan keredaan kepada Allah swt. Sejauh mana kita merasakan kesakitan atau merungsingkan pemikiran kita atau sejauh mana kita merasakan kerungsingan kerana tidak mengikuti kehendak Allah swt, Adakah kita lebih mencari keredaan manusia dan tidak takut kepada Allah swt ATAU kita mencari keredaan Allah swt dan bersedia menerima cacian dan kemarahan dari manusia. 

Kucing atau Anjing?













Kucing atau anjing apakah perbezaannya? Ramai orang yang suka memelihara kucing dan ramai juga yang memelihara anjing, kedua-dua binatang ini dikenali jiga sebagai binatang peliharaan untuk dimanjakan, anak-anak suka bermain dengan mereka. Ada yang membawa hingga tidur bersama dan ada juga yang memeliharanya tetapi tidak membenarkan binatang itu masuk kerumah mereka. Walaupun mereka binatang peliharaan tetapi Allah swt telah menentukan satu binatang tidak najis dan suatu binatang lagi najis muhalazah. Binatang tersebut jika dilihat secara fizikal ada yang sama besarnya tetapi disegi hukumnya tetap sama. Bukan disebabkan saiz yang menyebabkan satu najis dan satu lagi tidak.



Hari ini sain telah membuktikan bahawa anjing banyak memberikan mudarat kepada kehidupan manusia dimana penyakit seperti anjing gila, kutu, dan juga bacteria didalam air liur anjing akan susah untuk dibersihkan apabila anjing menjilat pinggan berbanding dengan air liur kucing. Tiada peralatan untuk membuktikan keburukan anjing dan kucing 1400 tahun dahulu, namun Islam telah membezakan kedua jenis binatang tersebut. Sebagai pengikut generasi pertama para sahabat telah mematuhi segala larangan dan suruhan Allah swt tanpa mempersoalkan mengapa binatang tersebut berbeza disegi interaksi walaupun kedua-dua binatang tersebut tidak banyak perbezaannya.


Sejauh mana pula kita merasakan bersedia untuk meninggalkan segala larangan dari Allah swt, sejauh mana pula kita bersedia untuk mematuhi segala arahan allah swt, persoalan ini banyak bergantung kepada iman yang ada didalam diri kita, jika ada orang yang menyatakan kita tidak beriman tentu sekali kita tidak akan menerimanya tetapi jika dilihat disegi penghayataan kita mungkin begitu banyak arahan dan suruhan yang tidak mampu untuk kita melaksanakanya.


Mari kita lihat bangkai seekor anjing berbanding dengan bangkai seekor kucing. Bangkai anjing mungkin kita tidak mahu untuk menguruskan menanamnya berbanding dengan bangkai kucing, apakah sebab saiznya. Mungkin tidak kerana jika anjing yang kecil dan kucing mungkin kita lebih rela menanam bangkai kucing berbanding dengan bangkai anjing walaupun saiznya sama sahaja. Kedua-dua itu bangkai juga tetapi minda kita telah diasuh dan tanggapan kita terhadap binatang tersebut adalah berbeza yang akan melahirkan perasaan yang berbeza dan akhirnya tindakan yang berbeza. Jadi apakah tanggapan dan pemikiran kita terhadap Agama yang kita punyai? Apakah kita benar-benar mengerti ajaran yang dibawa oleh rasulullah saw? Atau kita hanya menjadikan agama sebagai ikutan semata-mata, melakukannya kerana nenek moyang kita melakukan perkara-perkara tersebut tanpa benar-benar paham apakah sebenarnya ajaran Islam mahukan untuk kita melaksanakanya. Marilah kita sama-sama bermula dan permulaan itu tiada lambatnya selagi kita belum dipanggil Allah saw. Yang penting adalah kita memulakan langkah pertama kita sekarang dan bersungguh-sungguh melaksanakan didalam kehidupan kita.

Menyeberang ke alam barzah

email ni pun saya dapat dari kawan untuk renungan bersama.....

Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Apasal?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor. "Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala. Mari gi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime.

Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya. "Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung. Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak. Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit. Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih.

Astaghfirullahal azim... Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran. Pergi... pergi sekarang! Johar, masa nilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya. Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing.

Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga. Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Alah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati... Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang aja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah. Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah. ..

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh. Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata. Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran. Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh.

Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya. Lailahaillallah, Lailahaillallah, Lailahaillallah Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP! ! Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan. "Ya Allaaaaahhh. .. apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir. GGGRRRRUUUMMM. .. Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut. ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat. AARRKKK... UUURRRKKGGH! !! Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP! !!... bunyi papan patah berderai. PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP! Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah! Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak. "ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya. Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran.

Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya. "Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya. Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa. Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran.

Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas. Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta.

Suasana terasa hening. "Johar... Johar!!" sayup-sayup nama saya dipanggil. Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata. "Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur. Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa.

Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri. "Engkau menepis sana, mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil air, aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya. Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata. Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur.

Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah. Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA Itu benar....dan. .azab kubur ...itu juga benarrrr.... . Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya.
 
Copyright © 2009 Rumah Ku Syurga KU |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net