Thursday, October 29, 2009

Adakah Kemiskinan, kesukaran menginsafkan...

Kemiskinan dan penderitaan suatu yang tidak dminta atau dicari namun apa yang telah berlaku tetap menguji kehidupan kita. Mengapa mereka diuji dengan kemiskinana? Kesusahan? Penderitaan? Kesengsaaraan? Adakah perkara-perkara tersebut suatu yang mesti dilalui oleh seseorang sebagai suratan takdir atau kita melihat apa yang berlaku sebagai suatu yang akan mematangkan kehidupan dan perlu lulus ujian yang disediakan untuk melihat sejauh mana kita bersyukur kepada Allah swt.

Hari Sabtu dan Ahad lalu, saya berkesempatan pergi kesuatu kawasan pendalaman di Sabah (Kunak dan Sempurna), saya sempat melawat beberapa kampong didalam misi bantuan kesihatan kepada penduduk. Rata-rata pendapatan sekeluarga disana sekitar RM 250 hinggga RM450, masih ramai yang tidak mempunyai TV, tiada peti sejuk, tiada radio, tiada sterika, kanak-kanak yang kelihatan begitu ceria walaupun mereka didalam keadaan miskin dan tidak sesenang seperti anak-anak kita.

Apabila ditanyakan kepada mereka samada berpuas hati tentang kehidupan mereka, ada yang menyatakan berpuas hati dan ada juga yang tidak berpuas hati. Namun rata-rata kehendak mereka tidaklah begitu tinggi, keperluan tidak begitu banyak dan kehidupan itu mudah dengan apa yang ada. Apabila ditanya tentang pakaian yang mereka punyai rata-rata tidak melebih sepuluh helai baju sahaja. Mengapa kita begitu banyak kehendak berbanding dengan penduduk kampong ini, mengapa kita sering tidak berpuas hati, banyak kehendak dan sentiasa membandingkan dengan orang lain.

Kita selalu membandingkan mengapa orang lain dapat sesuatu yang lebih berbanding dengan diri kita, kita rasakan selalu kerugian, selalu kekurangan, selalu tidak mendapat yang terbaik didalam tindakan kehidupan kita. Kita sering melihat keatas dan jarang-jarang melihat kebawah. Bukankah setinggi mana kita naik kita akan pasti mati.

Terkenang sebuah keluarga yang bahagia mempunyai akan-anak yang Berjaya namun apabila tiba kematiannya, rumah yang dibinanya telah ditinggalkan oleh anak-anak tanpa penguhi dan akhirnya rebah ketanah, anak-anak yang Berjaya tidak mahu mengunakan rumah yang telah bapa mereka bina kerana cita rasa anak-anak telah berbeza dengan cita rasa ayah semasa membina rumah tersebut. Mereka mahukan sesuatu yang baru, akhirnya rumah yang dibina tidak memberikan erti apa-apa langsung. Persoalannya adakah kita menyediakan rumah untuk kehidupan akhirat kita. Ada pula anak-anak yang bergaduh berkerat rotan dan berpatah arang kerana berebut harta peninggalan ayah, apakh ini harapan dan cita-cita kehidupan kita? Mari kita renungkan perubahan yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan sedikit ketenangan selepas kematian

Wednesday, October 14, 2009

Hidup suatu permaianan atau ujian...


Apakah hidup ini untuk permainan dan lakunan semata-mata? Apakah tiada sebab yang kuat kenapa kita dihidupkan sehinggakan kita tidak merasakan peranan yang perlu kita lakukan dengan sebaik mungkin dan sentiasa dirasai didalam kehidupan kita. Apkah kita merasakan kehidupan ini sebagai ujian dimana apabila kita mahu mengambil ujian, kita sentiasa berusaha untuk memastikan agar ujian yang akan kita lalui pasti lulus dan Berjaya.

Sekiranya kita merasakan kehidupan in sebagia perniagaan tentu sekali kita tidak mahu kerugian didalam perniagaan yang kita laksanakan, kita tentu sahaja mahu keuntungan yang begitu besar dan kita tentu akan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan perniagaan yang sedang kita usahakan akan mendapat keuntungan yang besar. Lebih-lebih lagi jika sentiasa menyadari akan ada jualan lelong atau jualan murah yang berlipat kali ganda keuntungan yang akan kita perolehi apabila kita Berjaya mendapatkannya untuk didagangkan di kemudian hari.

Namun mengapa kita sering tidak merasai akan ujian dan perniagaan ini didalam kehidupan kita? Kita sering mahukan sesuatu yang kita Nampak sahaja, atau kita hanya mahu sesuatu pujian tetapi tidak mahu pujian dari Allah swt. Itulah manusia yang dijadikan Allah swt yang sentiasa mencari harta walaupun telah mempunyai dua gunung emas, Allah swt ingin melihat manusia agar selalu insaf dan sedar bahawa mereka sebenarnya adalah hamba-hambaNya yang sentiasa tidak bebas dari pemerhatian Allah swt namun mereka boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah swt dan allah swt mahu melihat manusia bertaubat dan dia maha pemberi taubat untuk menunjukkkan sifat rahmat dan kasih sayangNya. Adakah kita merasai kasih sayang Allah swt kepada kita?

Adakah kita sedar hanya mereka yang merasai disayangi sahaja yang mungkin dapat membalas kasih dan sayang Allah swt, namun bagaimana untuk merasakan kasih sayang allah swt sekiranya kita tidak menyedari segala pemberian hadiah yang begitu banyak kepada diri kita, menyedari dan mengenali sifat-sifatNya sehingga hati ini penuh dengan kerinduan dan kecintaan kerana kehidupan tanpa Allah swt seolah-olah tiada kehidupan dan kenikmatan. Marilah kita mula untuk mengenal Allah swt dan juga rasullullah saw. Amin

Friday, October 09, 2009

Cinta

Kecintaan suatu perkataan hikmat yang mampu memberikan pengorbanan yang begitu besar didalam kehidupan seseorang. Kecintaan kepada seorang gadis mungkin menyebabkan seorang teruna lupa pada segala-galanya sehinggakan hilang focus kepada kehidupan, jika berbual lain yang ditanya dan lain pula yang dijawabnya. Namun mengapa pengertian cinta ini hanya berlingkar didalam suatu skop antara remaja sahaja.

Apakah perasaan cinta antara anak dan ibubapa tidak dapat digambarkan, apakah perasaan cinta antara isteri dan suami tidak dapat dinyalakan, apakah perasaan cinta antara manusia dengan Allah swt tidak dapat disemarakkan sehingga membakar segala-gala yang menyebabkan pemikiran sentiasa terfikir dan hati sentiasa tertumpu kepada yang dicintai.

Apakah lagi cinta-cinta yang boleh bersemarak didalam kehidupan kita kerana dengan cinta hidup akan bermakna, seseorang akan merasakan kebahagian dan cuba untuk mendapatkan lebih banyak cinta untuk menjadikan kehidupan penuh dengan keindahan. Akan ujud suatu tenaga yang begitu besar dalam diri seseorang dan memberikan suatu persediaan untuk menghadapi apa sahaja cabaran walau betapa sukar dilihat oleh orang lain tetapi bagi orang yang bercinta tiada halangan dan kesukaran kerana demi cintanya.

Tetapi kenapa kadang kala cinta hilang tiba-tiba, isteri mula memakan pil bisu, naik kereta mula senyap tiada bicara yang hendak diperkatakan walaupun tiada pergaduhan, apakah cinta telah hilang dengan masa berlalu, kenapa tidak disemarakkan seperti sebelum perkahwinan atau semasa awal perkahwinan. Ada saja yang ingin dibualkan sehinggakan untuk berbincang tentang kucing jiran boleh dibincangkan sehingga sejam dua, berbincang tentang matanya, warna bulunya, umurnya, zuriatnya dan banyak lagi perkara tentang kucing tersebut. Semuanya saling perlu memerlukan dan persedian untuk mendengar begitu tinggi sehinggakan setiap perkataan di dengar dengan penuh persiapan untuk meraikan antara satu sama lain.

Marilah kita semarakkan kembali cinta-cinta ini dengan berpaksi kerana Allah swt, tidak kira satu atau dua atau tiga atau empat, apa yang telah berlaku adalah ujian untuk menguji sejauh mana tanda kecintaan kepada Allah swt yang menguji setiap manusia pilihan, segalanya mudah jika cinta Allah swt di dahulukan sebelum cinta antara manusia.

Thursday, October 08, 2009

Jihad memerlukan darah ....


Jihad suatu yang memerlukan darah untuk dikorbankan, mungkin ini suatu tanggapan kita apabila memperkatakan tentang Jihad semasa Zaman Rasulullah saw dahulu. Namun semangat jihad perlu sentiasa berkobar didalam diri kita kerana semua orang islam dituntut untuk berjihad dan mungkin bentuk dan caranya berbeza, apabila kita ke Plastine semangat jihad dikalangan penduduk disana begitu tinggi, mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk mendapatkan surga Allah swt. Mereka berusaha dimana sahaja yang boleh bagi memastikan Allah swt diletakkan didalam hati-hati mereka.

Namun didalam diri kita cabaran yang kecil pun begitu sukar untuk dihadapi, perasaan begitu lemah dan mudah dikalahkan oleh saitan, mengapa tiada kekuatan, mengapa tiada kesungguhan, mengapa dan mengapa sentiasa bermain didalam pemikiran kerana kekalahan demi kekalahan melawan hawa nafsu. Ramadan baru sahaja berlalu, didikan dan latihan baru sahaja kita harungi, adakah kita Berjaya didalam latihan? Sekarang adalah medan perjuangan untuk melihat sejauh mana latihan benar-benar menyediakan diri kita untuk perjuangan melawan saitan dan koncu-koncunya.

Peperangan mungkin suatu yang menakutkan, memerlukan persedian daripada banyak hal, keberanian dan strategic diperlukan dan segalanya memerlukan kesungguhan kerana menentukkan samada mati atau hidup. Tetapi apakah pula perasaan kita bila kita melalui peperangan harian kita? Adakah kita benar-benar bersedia? Adakah kita meletakkan komitment yang tinggi atau kita tidak memikirkan langsung peperangan yang sedang berlaku ini. Adakah kita sedang didalam peperangan? Jika kita menyatakan tidak, mungkin kita di arena yang berbeza, Rasulullah saw menyatakan kita sentiasa berperang, iaitu berperang melawan hawa nafsu, Adakah kita merasakan peperangan ini? Atau kita selalu kalah kepada hawa nafsu.

Kita perlu berjuang dan perjuangan diiringi dengan penderitaan dan pengorbanan, Apakah mungkin saat-saat peperangan akan memberikan kemanisan didalam perjuangan, apakah kita sentiasa menantikan peperangan untuk melihat sejauh manakah kegagahan dan kejayaan kita melaluinya. Tanpa ada perjuangan kita tidak dapat mengukur apakah kita mampu atau tidak, ianya tiada cubaan atau permainan, sebaliknya setiap saat yang berlalu pasti akan dicatitkan kegala keputusan dan kejayaan adalah suatu kemestian tanpa ada alasan. Marilah kita cuba belajar untuk hidup tanpa alasan kerana selepas kematian kita berhadapan dengan mahkamah Allah swt yang begitu sukar untuk memberikan alasan Marilah kita bermula dengan langkah pertama yang menjadikan kita boleh melangkah ribuan kilometer seterusnya.

Wednesday, October 07, 2009

Pengorbanan sejauh mana ku rasai

Perjuangan suatu yang memerlukan pengorbanan, perjuangan juga memerlukan keputusan untuk menjadikan diri sebagai pejuang atau tidak. Namun apakah yang kita perjuangkan? Adakah kita memperjuangkan bangsa? Adakah kita memperjuangkan semangat kebangsaan? Adakah kita memperjuangkan pahaman? Adakah kita memperjuangkan kehidupan? Adakah kita memperjuangkan Agama? Atau apakah sebenarnya yang perlu kita perjuangkan? Atau kita tidak pernah memperjuangkan apa-apa didalam kehidupan kita.

Mari kita Tanya kepada diri kita apakah yang telah kita lakukan dan kita merasakan ianya adalah suatu pengorbanan yang begitu besar yang telah kita lakukan didalam kehidupan kita? Jika begitu sukar untuk menjawab persoalan ini, mungkin pengertian perjuangan masih tiada didalam kamus kehidupan diri kita. Mungkin kita masih selesa dengan apa yang ada disekitar kita dan tidak merisaukan apa sahaja yang berlaku di dunia ini. Apakah pengorbanan yang perlu kita lakukan? Ada yang berkorban untuk kekasih, ada untuk isteri atau suami, ada untuk anak-anak dan ahli keluarganya. Ada yang berkorban untuk manusia. Apakah saat manis yang boleh kita ingati didalam perjuangan dan pengorbanan yang telah kita lakukan didalam kehidupan ini.

Setiap perjuanagan dan pengorbanan akan dinilai oleh Allah swt, jika ianya dilaksanakan atas dasar untuk mencari keredaan Allah swt maka Allah swt akan memberikan ganjaranya, sebaliknya jika perjuangan dan pengorbanan itu dilakukan bukan atas dasar Allah swt, walaupun sedikit untuk mendapat pujian maka segalanya tidak akan diterima oleh Allah swt. Suatu perjuangan itu pastinya akan Berjaya sekiranya kita tidak meletakkan kemampuan kita dihadapan tetapi kita meletakkan kemampuan Allah swt dihadapan dan kita tidak lebih dari orang-orang yang diuji oleh Allah swt untuk menjayakan perjuangan tersebut. Dengan tanggapan ini segala kesukaran akan menjadi mudah, segala penderitaan akan menjadi suatu kemanisan, segala cacian akan menjadi suatu dugaan yang perlu dilalui penuh dengan keinsafan.

Mari kita merenung sejauh mana kita telah menghampiri diri kita dengan Allah swt, adakah dengan sembahyang yang selalu alpa akan menjadikan kita dikasihi Allah? Apakah dengan selalu melanggar perintah Allah swt kita dikatakan takut kepadaNya?, Apakah dengan meringankan segala suruhanNya kita akan menjadikan diri kita sentiasa mengingati Allah swt?. Apakah kita hampir kepada kitab-kitabNya? Atau kita memberikan alasan itu tugas para ustaz dan ustazah sahaja. Mari kita renung apa yang telah kita lakukan didalam kehidupan agar kehidupan itu memberikan makna yang besar buat kehidupan di akhirat nanti.

Tuesday, October 06, 2009

Riadah Keluarga...


Aiman demam


Hari ni Aiman pula demam. Mungkin kurang air agaknya. Banyak sangat di makan kuih raya. Pagi tadi kul 4 pagi dia makan paracitamol. Nampaknya dah reda sikit. Tak lah panas mana badan dia cuma 36.2 c. Kul 12 tgh nanti mak kena bagi dia makan ubat lagi. Cepat sembuh ya Aiman.

Monday, October 05, 2009

Makan Lemang Hari ni...


Isteriku bekalkan nasi impit, lemang dan rendang hari ni.

Sodap.... habis licin aku kerjakan.

Alhamdulillah... kenyang tengahari ni. Masih ada rezeki untuk aku hari ni...

Orang lain macam mana ya???

Aiman tak sekolah...

Hari ni Aiman tak ge sekolah. Dapat cuti. Cikgu besar yang bagi sampai hari jumaat ni.



Enjoy sakan lah dia...

Raya 2009 di Alor Setar Kedah


Aidid demam ... Aiman..


Hari ni hari ke 2 Aidid demam. Pagi tadi at 7.30pg dia makan paracitamol lagi... habis 5ml di telannya.

Aiman jalan sendiri ke rumah mak hari ni... tak mahu di dokong. Happy aja dia. Belari sampai rumah mak.
 
Copyright © 2009 Rumah Ku Syurga KU |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net