Monday, May 17, 2010

Keinginan @ kehendak


Keinginan dan kehendak begitu banyak didalam diri kita, ada yang berkehendak untuk mendapatkan keputusan yang terbaik didalam peperiksaan, ada yang berkehendak untuk mendapatkan keluarga yang bahagia, ada yang berkehendak untuk pergi berjuang di Palestin, ada yang berkehendak untuk mencipta sesuatu kejayaan baru didalam kehidupan, ada juga yang berkehendak untuk mendapatkan surga Allah swt.

Persoalannya sejauh mana sebenarnya kehendak kita itu sungguh-sungguh menjiwai di dalam diri kita? Adakah setakat baru berfikir, atau baru cuba untuk menhayatinya, atau kita benar-benar inginkan tetapi begitu banyak halangan yang ujud didalam kehidupan kita. Sejauh mana kita melihat halangan itu sebagai faktur yang akan menghalang diri kita dari mencapai keinginan yang kita mahukan. Sekiranya halangan itu begitu besar maka keinginan yang mahu kita laksanakan hanya akan tinggal kenangan dan kita tidak mungkin untuk melakukannya. Tetapi keinginan yang mahu kita laksanakan terpaksa kita laksanakan disebabkan situasi dan keadaan yang kita lalui namun keputusan terpaksa kita lakukan dan untuk mendapatkan keputusan tersebut bantuan dan sokongan dari rakan dan orang-orang yang kita kasihi amat-amat diperlukan. Kita berkeinginan untuk belajar dan kita menghadapi masalah keewangan tetapi sekiranya isteri dan keluarga membantu untuk mengatasi mungkin halangan yang kita katakana besar tidak menjadi suatu yang bersar dan mungkin kita akan lebih bersedia untuk menghadapinya.

Ramai orang yang ingin menamatkan alam bujang mereka, namun ramai yang tidak berani kerana takut akan cabaran kehidupan yang akan dilalui, tetapi cabaran tersebut sebenarnya adalah suatu yang telah ditentukan oleh Allah swt dan Allah swt mengetahui apakah yang terbaik buat seseorang. Semua yang kita lalui samada mendapat kesihatan atau mendapat penyakit, kaya atau miskin, senang atau susah, gembira atau sedih dan apa sahaja yang berlaku adalah suatu ujian dari Allah swt. Bukan ditekala susah sahaja kita menyatakan suatu ujian sebaliknya apa sahaja yang kita lalui adalah ujian untuk melihat sejauh mana kita bertawakal kepada Allah swt. Kita tidak pernah menyatakan langkah pertama yang kita lakukan semasa kita kecil itu suatu yang sukar kerana kita tidak mengerti apakah perkataan susah didalam kehidupan kita semasa kita kecil, apa yang kita lakukan adalah suatu cubaan dan cubaan untuk menjadi seperti orang lain yang boleh berjalan dan berlari. Akhirnya kita berjaya juga melangkah dan berlari. Adakah kita terfikir akan bahaya ditekala mahu belajar berjalan? Adakah kita mengambil langkah-langkah berjaga-jaga atau kita menganalisa apakah kemungkinan yang mungkin berlaku kepada kita sekiranya kita gagal.

Kini kita sering meletakkan halangan terlebih dahulu dan membuat analisa didalam tindakan yang ingin kita lakukan, bukan saya bermaksud tidak perlu melakukannya tetapi kita terlalu banyak menyediakan halangan sehinggakan halangan itu terlalu besar kepada diri kita dan menyebabkan kita tidak berani dan tidak mahu untuk maju kehadapan. Sebagai contohnya ramai orang yang ingin menamatkan zaman bujangnya namun masih tercari-cari calun yang terbaik buat dirinya, tiada kesempurnaan selagi seorang itu manusia dan akan ada sahaja cacat dan celanya kerana manusia memang penuh dengan kelemahan. Seorang yang telah berumah tangga tentu sekali berkata telah menemui seorang calun yang terbaik buat dirinya, namun apabila pernikahan telah dilaksanakan dan baru ketika itu diketahui kelemahan demi kelemahan dan bukan dengan mengetahui kelemahan untuk berjauhan tetapi dengan mengetahuinya maka kita saling maaf memaafkan dan membetulkan mana yang silap dan membina semula agar bangunan itu boleh menjadi kukuh, teguh dan terus dapat memberi menefaat kepada penghuninya. Semuanya adalah ujian untuk melihat sejauh mana kita merasakan Allah maha berkuasa ke atas hamba-hambanya.

No comments:

 
Copyright © 2009 Rumah Ku Syurga KU |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net