Dinding pemisah sering digunakan apabila kita mahu mengadakan bilik, berbagai-bagai sebab bila kita mengujudkan dinding, jika di
Apakah dinding yang telah kita bina? Mari kita lihat seorang kanak-kanak yang nakal, saban hari mungkin ibu dan ayahnya akan memarahi dan sentiasa mencari silap anaknya, ini mungkin disebabkan apabila anak itu melakukan perkara-perkara yang baik, kedua ibubapanya tidak berapa kisah untuk memuji atau memberikan sokongan, namun apabila anak tersebut melakukan kesilapan, kedua ibubapa akan cepat mengesan dan terus memarahi atau menegur anak tersebut. Anak tersebut akan merasakan apabila melakukkan kebaikan amat jarang sekali kedua ibubapanya memberikan perhatian, sebaliknya apabila melakukan kesilapan begitu cepat mereka akan menegur. Ini memberikkan suatu sikap tanpa disedari untuk mendapat perhatian memerlukan melakukan kesilapan dan apa yang sepatutnya tidak berlaku terus berlaku.
Kita akan membina dinding yang mungkin lebih tinggi daripada dinding di
Marilah kita renung kembali berapa tinggi dinding yang telah kita bina dengan mereka-mereka yang kita tidak begitu selesa untuk berkomunikasi, marilah kita runtuhkan segala dinding-dinding tersebut dengan kita memaafkan segala kesilapan, bumi mana yang tak ditimpa hujan, lidah mana yang tak tergigit, gunung tidak akan runtuh jika disalak anjing tetapi gunung akan runtuh apabila sedikit demi sedikit batu dikakinya dialihkan dengan mengunakan lori atau akan runtuh juga apabila batu-batu besar dipahat sedikit demi sedikit. Kemaafan akan menyebabkan segala yang terputus kembali semula, segala yang retak akan tertaup kembali, segala kegelisahan akan kembali normal dan ianya bermula dengan kesedian untuk berkorban bagi saling maaf memaafkan. Bukankah beruntung jika hari ini kita boleh memaafkan seseorang dan diakhirat nanti Allah swt pula memaafkan diri kita.
.jpg)
No comments:
Post a Comment