Kehidupan penuh dengan ujian dan dugaan dari Allah swt, Allah swt menjadikan ujian ini untuk melihat bagaimana hamba-hambanya menerima ujian itu dengan perasaan dan tindakan yang mengharap pertolomgan dari Allah swt. Apakah kita akan menerima segala ketentuan dari Allah swt dengan perasaan terbuka dan mahu mencari yang terbaik disebalik apa sahaja yang diputuskan oleh Allah swt. Hanya kepada Allah swt kita berharap dan hanya kepadanya kita memohon pertolongan. Memang mudah untuk memperkatakan tetapi apabila kita di uji baru kita sedar bahawa kepayahan dan kesukaran adalah suatu yang lumrah kehidupan untuk melihat pergantungan kita kepada Allah swt. Allah berjanji akan membantu umat-umatnya yang beriman dan bersabar mungkin masih belum tiba masanya untuk kita mendapatkan sesuatu yang kita hajatkan kerana Allah swt mahu kita lebih menyerahkkan diri kita kepada Allah swt atau mungkin masa yang akan menentukan apabila tiba saat dan ketikanya.
Kita selalu melihat orang yang meminta-minta di pusat-pusat perniagaan atau dipintu-pintu bank, ada saja orang yang ringan tangannya menghulurkan sedikit wang yang mereka ada untuk membantu mereka yang meminta dan ada juga orang yang tidak peka terhadap kehadiran mereka yang meminta itu, lalu disisi mereka seperti mereka yang meminta tidak pernah ujud dihadapan pintu ketika mereka masuk kedalam bank untuk mengeluarkan atau memasukkan wang mereka. Mari kita renungkan kehidupan mereka, adakah mereka semasa kecil akan menyangka semasa mereka tua nanti mereka akan menjadi seorang yang akan meminta-minta. Tentu tidak kerana semua yang berlaku adalah ketentuan Allah swt
Begitu juga diri kita, tidak tergambar akan kita sebagai seorang yang berjaya, mempunyai sebuah rumah, mempunyai keluarga atau mempunyai kekayaan tidak seperti mereka yang meminta-minta tersebut. Kita tidak meminta kepada Allah swt untuk mendapatkan seperti apa yang kita perolehi hari ini. Tetapi Allah swt telah menentukan segala-galanya dan kita hanya perlu menunjukkan kita berusaha dan Allah swt yang memberikannya. Walau sehebat mana kita berusaha, segalanya telah ditentukan bukan untuk kita menyerahkan kepada takdir tetapi sebagai manusia kita perlu berusaha sisebabkan kita percaya Alalh maha melihat dan Allah swt mahu kita membuktikan keyakinan kita dengan berusaha semampu mungkin untuk membuktikan keimanan kita kepada Allah swt.
Sejauh manakah kita bersyukur terhadap pemberian Allah swt, bukkan bermakna apabilta tidak mendapatkan apa yang kita hajatkan kita tidak perlu bersyukur dan sekiranya kitmendapatkan apa yang kita mahukan baru bersyukur, Segala-gala didalam kehidupan lu diiringi dengan kesyukuran kerana Allah swt memberikan begitu banyak hadiah kepada kita sepanjang kekhidupan kita yang perlu kita jaga dengan sebaik mungkin. Hadiaih anak, pekerjaan, isteri, sahabat, saudara harta benda dan yang terpenting sekali adalah hadiah Iman dan mendapat Islam sebagai keyakinan kehidupan. Adakah kita menjaganya dengan sesempurna mungkin.
.jpg)
No comments:
Post a Comment