
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Komunikasi sehala adalah suatu penderitaan, mungkin kita akan mengalami berbagai rasa apabila kita tidak dapat berhubung dan berbincang dengan baik, berbagai faktur yang menyebabkan perkara ini terjadi dan yang penting sekali adakah kita mencari kesilapan diri kita dahulu berbanding dengan mencari kesilapan orang lain.
Sebagai contohnya komunikasi suami isteri, adakalanya tiada ribut, tiada hujan dan tiada tanda-tanda tetapi kata orang angin tak baik menyebabkan si isteri tiba-tiba seperti termakan pil bisu, tiada bicara dan kata, atau tiba-tiba seperti murai dicabut ekornya membebel tak tuntu pasal. Ini tertu sekali berpunca daripada komunikasi yang terhalang. Apa yang perlu dilakukan? Ambil kunci kereta dan terus meninggalkannya? Jika itu dapat mengatasi masalah atau menambahkan lagi masalah? Masalah sebenarnya memerlukan keberanian untuk menghadapinya, si suami perlu dengan segera menyentuh isteri, mungkin kurang perhatian, mungkin terlalu sibuk dan penat sehingga terlupa si issteri perlu dilayani. Kasih sayang perlu disemai agar yang letih menjadi segar, yang rungsing dapat dirungkai, yang bermasalah dapat diatasi. Semuanya bermula dari kesediaan hati untuk mendapatkan yang terbaik buat kebahagian yang ingin dicapai.
Bila kita memperkatakan soal perasaan ianya memerlukan pengorbanan dan bila kita memperkatakan pengorbanan ianya akan dirasai kesukarannya, namun cinta akan mengatasi segala kesukaran dan menyebabkan segala yang sukar menjadi mudah. yang sulit menjadi senang, yang terpaksa menjadi rela. Cinta menjadi kalimat rahmat yang akan merubah segala-galanya menjadi suatu keindahan kehidupan.
Islam menitikkan perasaan cinta sebagai faktur utama untuk menentukan keimanan seseorang. Cinta Allah swt akan mengatasi segala-galanya yang akan menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja hatta berpisah dengan nyawa sendiri sekalipun. Namun hakikat ini bukan semudah ucapan atau tulisan tetapi ianya lahir dari keyakinan dan kepercayaan. Sejauh mana sebenarnya kepercayaan kita kepada ilahi sehingga kita sanggup melakukan apa sahaja hanya kerana Allah swt. Sejauh mana kita sentiasa meletakkan keputusan kita dengan mengambil kira Allah swt dahulu dihadapan kita. Adakah kita mencari keredaan Allah swt atau kita mengambil penilaian manusia dahulu didalam keputusan yang kita ambil dalam kehidupan. Marilah kita fikir-fikirkan segala ranjau dan kkehidupan yang telah kita lalui sejauh mana kita mengambil AlQuran sebagai rujukan dan panduan kehidupan atau kita akan terus hidup tanpa al quran sebagai panduan. Allah hu alam..jpg)
No comments:
Post a Comment